It’s Badr all over again…

March 9th, 2008 by imin83

Prior to the election day, I vowed to myself that the next day I won’t watch the vote counting session on the TV, as I know this election has always been a one-sided (aka handicapped) match, as the ruling party has all the media and government machinery at their disposal. I almost felt helpless to the political situation in Malaysia. I felt like this is ‘Badr war’ all over again. The enemies came from every possible angle, and we are trapped, short of resources and severely outnumbered. And the only this we can do is to rely totally to Allah…

Nevertheless, I never stopped praying to Allah, I never lost hope in Allah, that one day, Allah will give us the victory that we have long yearned for. The victory that will deny BN’s 2/3 majority in the parliament, the victory that will take the arrogant out of them, the victory that will path a way for all Malaysians to make Malaysia a better place…

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Alllahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Those are the only words that I can said after the election result is out. I watched Malaysiakini and Harakahdaily updated their website almost every minute, watching in almost disbelief that the People Front (PAS, PKR n DAP) took 5 states plus KL while denying BN the all important 2/3rd majority, although at this time, it’s still unofficial. And all the adrenaline made me impossible to get to sleep although it’s already 2:30 in the morning. Nevertheless, I slept at 3 only to wake up at 6, and I straight away refreshed Malaysiakini and Harakahdaily to get the latest update. And it’s now confirmed that the People Front has actually took 5 states and denied BN 2/3 majority. Alhamdulillah. Allahuakbar!! Then I slept again, and when I woke up at 11 (penat woo..) and the first thing I did, again, was to race to my pc, refreshed Malaysiakini, Harakahdaily, and The Star, to see is it really real what I read last night. And Alhamdulillah, it’s REALLY REAL.

It’s almost like a dream. Almost. Only it is real.

Congratulations to all Malaysian who voted for change. Congratulations to all who voted for a stronger opposition. Congratulations to all who worked night and day to make all this come true. Congratulations to all who are brave enough to brush aside all BN’s lies and threats, and to tell all these BN people that we doesn’t need them anymore and we have had enough of them. Congratulations, wherever and whoever you are.

Let’s hope that this is not just a climax in our country’s political scenario. Let’s hope that insyaAllah, this is just a start, where the journey would be much more enduring than this, but the ending is really, a happy ending. InsyaAllah.

Lastly, do not forget that all this came from Allah. He determines everything, the past, current and the future.

All I can is we won because we rely totally on Allah.

"Bukankah dia telah menjadikan tipu daya mereka itu sia-sia?" (Al-Fil, 105:2)

Pergimu Meninggalkan Jasa Jariah

November 6th, 2007 by imin83

Semoga
Allah mencucuri rahmatNya ke atas Abang Norhaminudin dan mengurniakan
kesabaran kepada isteri, Cikgu Khuzaimi serta ahli keluarganya. Bagi
mereka yang berjuang di jalanNya, bergembiralah dengan janji ALlah yang
akan menempatkan para Duat bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhadak dan
Solihin. Mereka adalah sebaik-baik teman di Akhirat nanti.

Disember 2006 yang lalu, Abang Amin menghembuskan nafasnya yang
terakhir hanya beberapa bulan setelah mengetahui dia menghidap barah.
Malang saya tidak dapat bersama penduduk di Bangi menunaikan solat
jenazah dan mengebumikannya. Di hari yang sama, saya mengetuai
rombongan Jemaah Haji bertolak untuk mendaftar diri di Kelana Jaya dan
berlepas ke Tanah Suci dari KLIA. Lebih ralat, hasrat Abang Amin ketika
beliau di NCI (Nilai Cancer Institute) untuk bertemu dengan saya tidak
sempat saya tunaikan dek sibuk dengan urusan seharian dan tidak
menyangka beliau akan pergi begitu cepat.

Abang Amin adalah di antara orang yang pertama mendidik saya di
Jalan Dakwah ini. Walaupun sebelumnya ketika di Tingkatan 2 dan 3, saya
agak rapat dengan usaha-usaha kumpulan tarikat, Al-Arqam dan Tabligh,
namun sejak Tingkatan 4 hingga kini, penglibatan yang lebih sahih dan
jelas sejak bersama beliau, seorang jurutera berkelulusan di United
Kingdom, kemudian di Jepun dan rakan-rakannya. Isteri beliau, Cikgu
Khuzaimi bersama dengan Cikgu Norizan dan Cikgu Masniyati, kesemuanya
adalah guru matematik di MRSM Kuantan ketika itu adalah mereka
yang mula-mula mengajak saya mengikuti program tarbiyah bersama
suami-suami mereka. Saya masih ingat tiap hari Sabtu, hari pelajar
asrama bebas ke bandar Kuantan, ketika ramai pelajar lain menghabiskan
masa di panggung wayang dan kompleks beli belah, kami ke rumah Abang
Amin untuk berusrah. Apa yang menarik ialah suasana rumahtangga Islam
yang jelas berbeza dengan suasana rumah-rumah lain ketika itu, dan
hidangan yang menyelerakan kami tiap kali selepas usrah. Maklum
sajalah, semua maklum dengan makanan yang biasa kami makan tiap hari
daln malam di dewan makan asrama.

“Minggu ni lepas usrah makan apa agaknya ya?”, fikir saya bila tiba
hari Sabtu. “Mee sup, mee kuah, mee goreng …?”, jawab shati saya
sendiri. Begitulah minggu-minggu awal di Tingkatan 4 bila mengenang
jasa Abang Amin dan Cikgu Khuzaimi. Tanpa disedari setelah tiap minggu
kami bertemu, perasaan terhadap apa jenis makanan yang dihidangkan
berkurangan. Sebaliknya keseronokan menimba ilmu dan kefahaman Islam
semakin bertambah minggu demi minggu. Tajuk-tajuk seperti Pengertian
Kalimah Syahadah, Hakikat Iman Kepada Allah, Ibadah Yang Syumul dan
sebagainya menambat hati dan membentuk diri sehingga ke hari ini.

Buat mereka yang bekerja di Jalan Allah, beberapa tauladan dapat
kita ambil di sini. Semua boleh berperanan di biang dan tempat
masing-masing. Guru boleh mengajak anak murid di sekolahnya melibatkan
diri dalam program-program Tarbiyah. Seorang jurutera atau apa
sahaja bidang teknokrat boleh mentarbiyah asalkan dirinya telah melalui
terlebih dahulu Tarbiyah tersebut dan dia meyakini bahawa dia mesti
pula berperanan terhadap orang lain. Al-Wafak (setia) walau berlalu
masa yang panjang, adalah satu akhlak yang luhur dimana kita mengasihi
orang yang pernah menasihati kita walau sepatah, apatah lagi mendidik
keperibadian kita dan menunjukki anak-anak tangga pertama Jalan Dakwah
ini. Ini ditunjukkan oleh wafak Rasulullah saw terhadap Khadijah walau
isterinya telah lama pergi. Imam Syafie berkata, “Orang yang merdeka
(jiwanya) ialah orang yang meraikan saat manis walau sedetik, dan
bergabung dengan orang yang telah memberi menfaat kepadanya walau
dengan sepatah perkataan”. Itu jika sedetik atau sepatah. Bagaimana
pula jika masa yang panjang dan ilmu serta kesedaran yang melimpah ruah.

Ilmu dan usaha beliau yang dimenfaatkan oleh saya dan teman-teman
tergolong dalam 3 perkara yang tidak terputus (jariah - mengalir)
pahalanya setelah mati. Moga Allah merahmati Allahyarham, memaafkan
dosa dan kesalahannya, memasukkannya kedalam Syurga Firdaus. Amin ya
Rabbal Alamin. Sekian.

Ramadhan Pertama…

October 6th, 2007 by imin83

Ini adalah ramadhan pertama kami tanpa ayah yang kami sayangi.. walaubagaimanapun, entah kenapa, sejak masuknya ramadhan, saya rasakan yang ayah seolah-olah masih bersama kami, seolah-olah ayah makin dekat dengan kami. Malam pertama ramadhan saya disambut dengan mimpi yang indah.. saya bermimpi yang kami sekeluarga dibawa bertemu dengan ayah kami di suatu tempat yang indah, penuh dengan pokok-pokok, dan saya terasa amat nyaman & tenang di sana. Kami bersalaman dan mencium tangan ayah. Di dalam mimpi itu, kami tahu yang ayah sudah tiada, tetapi entah bagaimana, kami dapat dipertemukan juga dengan ayah. Tiada sebarang lafaz dituturkan dalam pertemuan kami itu, melainkan senyuman dari ayah. Sekejap sahaja mimpi itu berlalu, dan aku bangun dari tidur dalam perasaan yang amat aman. Walaupun mimpi hanyalah permainan tidur, tetapi mungkin Allah mengetahui yang kami amat rindukan ayah, dan mungkin kerana itu Allah mengizinkan kami bertemu dengan ayah kami, walaupun hanya dalam mimpi…

1 July 2006

“Wah, banyaknya hadiah imin dapat.. ni macam dah majlis kahwin dah…”

“Itulah ayah, imin pun tak sangka.. ingatkan buat simple je.. Alhamdulillah”

Sehabisnya majlis pertunangan saya di jalan Duta, saya & adik beradik terus ke Sentosa Medical Center, Kajang. Mak teman ayah di sana. Ayah dimasukkan ke sana sebab di sangka mengidap batu karang. Ayah jalani pembedahan di sini, tetapi selepas pembedahan doctor kata ayah sebenarnya tidak menghidap batu karang. Ayah dihantar ke hospital selayang untuk rawatan selanjutnya.


10 November 2006

“Ayah rasa ayah tak dapat datang lah untuk nikah imin esok.. ayah rasa lagi elok ayah berehat kat rumah.. tak perlulah imin carikkan wheelchair untuk ayah…”

Sehari sebelum majlis pernikahan saya yang dijalankan di Masjid Wilayah. Ayah baru jalani satu pembedahan major di hospital selayang untuk buang kanser di dalam badan ayah. Ayah perlu berjalan menggunakan tongkat. Ayah disyaki menghidap kanser pankreas. Doktor mengambil langkah pencegahan dengan membuang sebahagian kecil dari setiap organ-organ ayah yang ditakuti menghidap kanser. Ayah menjadi lemah setelah operation tersebut. Baliknya kami dari majlis pernikahan saya & isteri, kami terus tunjukkan kepada ayah gambar-gambar yang diambil menggunakan kamera kami. Pernikahan saya telah diawalkan lebih sebulan, apabila permohonan last-minute saya untuk join nikah beramai-ramai diterima. Tidak lama kemudian barulah saya mengerti mengapa Allah telah memilih untuk diawalkan pernikahan saya yg sepatutnya dijadualkan pada hujung bulan 12.

“Ami, tengok anak kita imin ni.. dah ada isteri dah…”

kata ayah kepada mak sambil tersenyum, malam setelah tamat majlis pernikahan aku. Ayah melafazkan kata-kata itu sambil terbaring di atas katil di rumah. Aku hanya membalas dengan senyuman.

End of November 2006

“Imin, ayah jadi macam ni sebab ayah banyak dosa kan..”.

“Tak lah ayah.. Allah kasi ujian kat ayah sebab Allah sayangkan ayah, Allah nak bersihkan dosa-dosa ayah.. Allah nak muliakan ayah..”

“Betul ke..?”

“A’ah ayah, betul… ”


Ayah sewaktu di Nilai Cancer Center. Ayah perlu jalani chemotherapy kerana telah disahkan menghidap kanser. Setelah jalani satu sesi rawatan chemotherapy, ayah diserang stroke.. seluruh bahagian kiri ayah lumpuh. Semua rawatan untuk kanser terpaksa dihentikan. Penglihatan ayah jadi kabur, pertuturan ayah jadi tidak teratur. Pada ketika ini, doctor memberitahu kami yang ayah hanya mempunyai 6 bulan maksimum. Namun kami tidak berputus asa dan terus berdoa kepada Allah agar ayah disembuhkan sepenuhnya. Ayah paling kerap menangis ketika ini.

“Ami, abang dah bersedia untuk berjumpa dengan Allah & Rasulullah…”

Kata ayah yang sedang terlantar kepada mak. Mak hanya membalas mengatakan yang insyaAllah, ayah akan sembuh.

“Ya Allah, please don’t let me be the burden to my family…”
tangis ayah apabila melihat kami agak susah untuk menggerak-gerakkan tubuh ayah semasa membantu ayah menjalani fisioterapi. Aku hanya termenung dan sebak melihat ayah. “Tidak, kami tidak pernah menganggap ayah menyusahkan kami. Apa yang kami lakukan sekarang tidak mungkin dapat membalas jasa ayah membesarkan dan menjaga kami.” Kami sebak dan sedih melihat keadaan ayah yang makin terseksa, tetapi kami tidak pernah sekali menunjukkan kesedihan kami didepan ayah, kerana doktor beritahu kami yang ayah amat perlukan sokongan moral dari kami. Kami sentiasa tersenyum bila berhadapan dengan ayah. Cuma apabila ayah telah lena tidur, barulah kami dapat mengalirkan air mata di sebelah ayah. Dan hanya kepada Allah lah kami menangis, merayu meminta ayah disembuhkan.


14 December 2006

“Ayah, nabi s.a.w. pernah cakap, bila Allah sayangkan seseorang tu, Allah akan uji dia dengan macam-macam ujian untuk hapuskan dosa dia, pastu insyaAllah nanti bila dia jumpa Allah, dia akan jumpa Allah dalam keadaan yang betul-betul bersih..”

Sambil mengusap-ngusap dahi dan mencium pipi ayah, saya bisikkan kata-kata ini di telinga ayah di Sunway Medical Center, khamis malam jumaat. Ayah dimasukkan ke wad kecemasan di sana. Ayah tiba-tiba tidak mampu bertutur atau bergerak langsung. Ayah hanya kaku sambil menoleh ke kanan. Sebelum itu, stroke ayah makin pulih, pagi itu ayah makin bersemangat membuat fisioterapi dengan mak dan abang. Kami semua begitu optimis yang insyaAllah ayah akan sembuh. Namun Allah mempunyai perancangan lain untuk ayah dan kami. Cuma kerlipan mata dan linangan air mata ayah yang menunjukkan kepada kami yang ayah masih sedar dengan keadaan di sekeliling ayah.  Sebak kami melihat keadaan ayah.. kami hanya berdoa agar Allah beri yang terbaik untuk ayah.  Sewaktu tiba masa solat isya’, mak menyuruh aku menjadi imam untuk ayah yang terlantar di atas katil. Mak memberitahu ayah yang aku ingin menunaikan solat isya dan  menjadi imam untuk ayah.. Ayah hanya membalas dengan kerlipan mata. Aku dapat mengimamkan ayah untuk solat isya’ terakhir ayah. Ayah hanya bersolat dengan mata.

“Ayah, apa-apa yang terjadi pun, insyaAllah nanti kita jumpa kat syurga Allah ya…”
lafaz kami dengan linangan air mata. Kami redha dengan ketentuan Allah Yang Maha Esa. Kami hanyalah hamba Allah. Malam itu juga doktor memberitahu yang kanser telah merebak ke seluruh badan ayah, tiada apa yang boleh dibuat lagi. Doktor kata ayah boleh pergi bila-bila masa. Ayah mungkin hanya tinggal beberapa hari atau minggu sahaja lagi. Allah telah meminjamkan ayah kepada kami, dan walaupun betapa beratnya hati kami untuk menerimanya, kami terpaksa akur segalanya urusan dan hak Allah. Walaupun kami tahu walaupun sesaat tidak akan dilambatkan sekiranya masanya telah tiba untuk ayah pergi, kami tidak pernah berhenti berdoa dan berharap kepada Allah agar Dia tidak mengambil ayah pergi lagi. Setiap malam kami solat hajat meminta Allah menyembuhkan ayah. Kami masih perlukan ayah. Namun kami redha dengan ketentuan Allah. Betapa kami sayangkan ayah, dan betapa ayah sayangkan kami, kami yakin yang Allah lebih sayangkan ayah, Allah lebih sayangkan kami… Tiada yang mampu aku berdoa, melainkan merintih kepada Allah, agar Dia mengizinkan aku berada di samping ayah pada ketika ayah hendak menghembus nafasnya yang terakhir kelak.. pada saat ayah hendak menemui Allah..


Jumaat, 15 December 2006
9 pagi

Dua orang nurse datang untuk cuba mengeluarkan lendir yang telah memenuhi badan ayah. Tiub dimasukkan ke kerongkong ayah melalui mulut, dan nurse2 itu berusaha mengeluarkan lendir2 itu.. beberapa kali nurse2 itu cuba menyedut lendir2 itu, tapi lendir yang keluar dari badan ayah tidak juga habis. Sepanjang masa itu aku berdiri di sebelah ayah. Ayah nampak kesakitan, namun tubuh ayah masih kaku, tidak mampu bergerak. Ayah hanya mampu mengerang dan mengalirkan air mata. Aku mengelap air mata ayah yang mengalir, sambil membisik memuji-muji nama Allah di telinga ayah. Aku cuba menahan air mata sendiri dari mengalir, sedih dan pilu melihatkan betapa terseksanya ayah..


11:30 pagi

“Allah, Allah… . ayah..”

Tiada lafaz yang dapat membayangkan kesedihan kami..hanya kalimah Allah sahaja yang dapat meredakan kesedihan kami. Jantung ayah yang mulanya berdegup kencang, menjadi makin perlahan dan akhirnya berhenti.. Ayah telah pergi meninggalkan kami selama-lamanya. Ayah telah pergi untuk bersama dengan Allah Yang Maha Penyayang, yang telah meminjamkan ayah kepada kami, dan telah mengambil semula ayah dari pangkuan kami. Sambil mengalirkan air mata, kami mengusap-ngusap dan mencium dahi dan pipi ayah, namun yang tinggal hanyalah jasad ayah. Aku, mak, abang, kakak dan cucu pertama ayah yang baru berumur 2 bulan berada di samping ayah ketika ayah menghembuskan nafas yang terakhir. 2 orang adikku tiba dari UIA 15 minit kemudian. Tiada kata yang dapat kami ucapkan, hanya tangisan yang menghiasi keadaan…

Air mataku deras mengalir ketika sedang mengerjakan solat jumaat di Masjid Sunway. Selepas solat jumaat, ayah dibawa dan ditanam berdekatan dengan rumah kami di Bangi yang kami baru pindah kira-kira setahun lepas. Tidak sampai setahun ayah dapat bersama kami dirumah itu, ayah telah pergi meninggalkan kami dahulu. Keesokan paginya cuaca mendung & hujan renyai-renyai, seolah-olah memahami perasaan sedih kami..

Seminggu kemudian walimatul urus aku tetap dijalankan, kerana Allahyarham ayah telah berpesan, walau apa pun yang  terjadi kepadanya, teruskan segala yang telah dirancang. Kesedihan masih menyelubungi kami sekeluarga. Mak tidak dapat menahan hiba dan menangis ketika sedang makan di meja pengantin. Aku memaksa diri aku untuk melontarkan senyuman apabila berhadapan dengan tetamu. Jika dahulu, ayah tidak dapat ke majlis pertunangan dan pernikahan aku kerana perlu berehat, kini ayah pasti tidak ke majlis perkahwinan aku kerana ayah sudah tidak ada di dunia ini lagi. Keesokannya kenduri belah aku dijalankan di Putrajaya, namun kenduri aku telah kami ubah ke upacara tahlil dan jamuan makan. Aku sentiasa berdoa kepada Allah, kerana  majlis pertunangan, pernikahan dan walimatul urus aku telah dihiasi dengan air mata kesedihan, moga kematian dan kebangkitan aku semula nanti dihiasi dengan air mata kegembiraan menghadap yang Maha Esa.

“Nanti insyaAllah lepas ayah dah sembuh, kita semua pergi umrah…”

Kata-kata ayah kepada kami, beberapa bulan sebelum ayah pergi bertemu Allah Yang Maha Penyayang untuk selama-lamanya..

Moga ayah ditempatkan di tempat mereka yang soleh, moga ayah ditempatkan bersama-sama dengan Rasulullah. InsyaAllah, telah bersihlah ayah dari segala dosa-dosa sebelum diambil kembali ke pangkuan Allah Yang Maha Penyayang. Ya Allah Yang Maha Pemurah, ampunkanlah dosa-dosa ayah ku. Sehingga kini, betapa sukarnya kami untuk menerima hakikat yang ayah sudah tiada, tetapi Alhamdulillah, iman merelakan jua yang bahawa manusia akan mati, yang kekal hanyalah Allah.

Walaupun ayah telah kembali ke pangkuan Allah, kami bersyukur kerana Allah telah mengizinkan ayah untuk menimang cucu pertama ayah dan melihat saya beristeri. Segalanya seperti telah diatur Allah dari awal lagi. Sehingga kini saya masih selalu mimpikan ayah. Moga Allah pertemukan kami kembali dengan ayah kami di syurgaNya kelak..

A few days ago I had a dream,

I was on my way out to somewhere I don’t know,

I see my dad in his usual working dress,

As usual I went to him, kissed his cheek and hands,

And I went straight out,

But then I changed my mind,

Thinking that this could be the last time I could see him,

I went back to my dad, kissed him in the cheek and hugged him,

I hugged him and never let it go,

While I see him smiling at me,

And I hugged him till the end of my dream.

How strange, for this is only a dream,

A dream where my dad is still with us in this world,

Yet I was certain that could be the last time I’d see him…

Mansuh UPSR?

January 18th, 2007 by imin83

Assalamualaikum,

Majlis Guru Besar Malaysia (MGBM) mahu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) dimansuhkan kerana sistem peperiksaan itu didakwa terlalu
mementingkan keputusan akademik dan tidak membantu membentuk sahsiah
diri murid. -Berita Harian, 19 Januari 2007 - http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Mukadepan/20070118235643/Article/

Ana sokong 90% cadangan nie. 90%, sbb perlu kajian terperinci lagi. Pendapat saye, sistem pembelajaran kat malaysia ni terlampau exam oriented. Kalau tak lepas exam maknenye tak pandai, takde future. Kecik2 lagi dah kene ajar supaye dpt A dlm sumer subjek.. parents marah & sedih kalau anak2 tak dpt A. Dari kecik dah kene ajar yg dpt A tu lah tandanye kejayaan. Akhlak & moral diberi penekanan gak, tp jadi no 2. Pendapat ana, patutnye time2 kecik2 ni lah senang budak2 tu nak dididik dgn akhlak & amalan2 mulia. Agaknye sbb ni lah tu yg ramai jd korup bile dah tua ni. Kejayaan dinilaikan dgn sesuatu yg bersifat materialistik. Bile jd student kene dpt A, bila dah besar kene jadi kaya.

Pembelajaran & exam tu mmg penting, tp sistem pembelajaran & persekolahan kat malaysia ni terlampau exam oriented, which is never a good thing. Exam ni sumer hanyelah ’static benchmark’, bukan ‘real-world benchmark’, tp malang sekali kite dah ditanamkan dlm kepala, yg examlah segala-galanya. Sesungguhnya hidupku & matiku hanyalah untuk mendapat A dalam exam. Nauzubillah.

Migrating Birds Take Naps While in Flight

January 11th, 2007 by imin83

Hmm, interesting…

Migrating Birds Take Naps While in Flight
Category: SOFTPEDIA NEWS :: Science :: Nature

                                    

Scientists discovered three forms of compensating sleep loss
By: Stefan Anitei, Science Editor

 


A
new study showed that during the migration, birds take hundreds of naps
during the day, each lasting only few seconds, to compensate the night
sleep loss.

Swainson’s thrushes have a migration route of 3,000 miles from their
breeding areas in northern Canada and Alaska to winter territories in
Central and South America. They travel mostly during the night and
often for long hours at a time, leaving little time for sleep.
Scientists recorded caged thrushes for an entire year to see when and
how long they slept. During autumn and spring - the migration periods -
they reverse

 

their typical sleep patterns, staying awake at night and resting
during day. The difference is that, instead of sleeping for long
stretches at a time, the birds took several naps a day, of only 9
seconds on average. The scientists discovered also two other forms of
sleep beside shut-eye type.

The unilateral eye closure (UEC) means the birds rested one eye and one
half of their brains while their other eye and brain hemisphere
remained open and active, keeping them semi-alert to danger.

Other process, named drowsiness, is characterized by a partial shutting
of both eyes that still allows for some visual processing. Drowsiness
"is probably a state that, to some extent, grants the benefits of sleep
while allowing for some of the benefits of wakefulness," said study
team member Thomas Fuchs of Bowling Green State University in Ohio.

By alternating between naps, UEC and drowsiness, the thrushes and other
migratory birds can reap some of the benefits of sleep while only
marginally increasing their risks of being caught by prey birds. "In
terms of quality, drowsiness and unihemispheric sleep may be less
beneficial than [normal] sleep, but it may also be safer," Fuchs told
LiveScience.

The idea that some birds can really sleep while in flight has not yet
been proved. Sleep is nearly an universal must in the animal kingdom.
It may be necessary to organize the memories we amass during the day
and to give our bodies time to rest, but nothing is proven. "I think
what’s interesting about our findings is that even animals that should
be highly adapted to sleep loss cannot go on indefinitely," Fuchs said.

"That a need for sleep cannot be eliminated even in these species
underscores the importance of sleep for many, if not all, animals."

taken from: http://news.softpedia.com/news/Migrating-Birds-Take-Naps-While-in-Flight-37206.shtml

Familiar stranger in our house

September 19th, 2006 by imin83

A few months before I was born, my dad met a stranger who was new to our small town. From the beginning, Dad was fascinated with this enchanting newcomer, and soon invited him to live with our family. The stranger was quickly accepted and was around to welcome me into the world a few months later.

As I grew up, I never questioned his place in our family. In my young mind, each member had a special niche. My brother, Bilal, five years my senior, was my example. Fatimah, my younger sister, gave me an opportunity to play big brother and develop the art of teasing. My parents were complementary instructors - Mom taught me to love the word of Allah, and Dad taught me to obey it.

But the stranger was our storyteller. He could weave the most fascinating tales. Adventures, mysteries, and comedies were daily conversations. He could hold our whole family spell-bound for hours each evening. If I wanted to know about politics, history, or science, he knew it. He knew about the past, understood the present, and seemingly could predict the future. The pictures he could draw were so life like that I would often laugh or cry as I listened. He was like a friend to the whole family. He took Dad, Bilal, and me to our first major league baseball game. He was always encouraging us to see the movies and he even made arrangements to introduce us to several movie stars.

The stranger was an incessant talker. Dad didn’t seem to mind but sometimes Mom would quietly get up while the rest of us were enthralled with one of his stories of faraway places, go to her room, and read her Quran and pray. I wonder now if she ever prayed that the stranger would leave.You see, my dad ruled our household with certain moral convictions. But this stranger never felt an obligation to honor them.

Profanity, for example, was not allowed in our house-not for some of us, from our friends,or adults. Our longtime visitor, however, used occasional four letter words that turned my ears and made Dad squirm. To my knowledge, the stranger was never confronted. My dad was a teetotaler who didn’t permit alcohol in his home,as good Muslims should. But the stranger felt like we needed exposure and enlightened us to other ways of life. He offered us beer and other alcoholic beverages often. He made cigarettes look tasty, cigars manly, and pipes distinguished. He talked freely (probably too much, too freely) about sex. His comments were sometimes blatant, sometimes suggestive, and generally embarrassing. I know now that the stranger influenced my early concepts of the man-woman relationship.

As I look back, I believe it was the grace of Allah that the stranger did not influence us more. Time after time, he opposed the values of my parents. Yet, he was seldom rebuked and never asked to leave. More than thirty years have passed since the stranger moved in with the young family on Wangee Road. He is not nearly so intriguing to my Dad as he was in those early years. But if I were to walk into my parents den today, you would still see him sitting over in a corner, waiting for someone to listen to him talk and watch him draw his pictures.

His name you ask?

We called him TV.

*Above is an award-wining story written by a Muslim brother, for a nationwide essay competition in Canada. I got it from an email a few years ago.

Hadhari ep 1: Hadhari & PussyCat Dolls

August 9th, 2006 by imin83

Kat yahoo news hari ni (http://news.yahoo.com/s/ap/20060809/ap_en_mu/pussycat_dolls), diorang cerite tentang MPSJ nak saman organizer Pussycat Dolls RM 10,000 pasal kumpulan ni berkelakuan dan berpakaian tak senonoh waktu buat persembahan diorang. Saye tak sure MPSJ ni bengap ke ape, kalau betul2 la MPSJ ni concern sangat pasal benda ni, dah lame diorang tak kasi buat concert ni dah. Sbb 1st thing diorang nak saman organizer ni cume RM 10,000 je. 2nd thing iklan2 konsert dlm surat khabar-surat khabar utama sblm ni dah secare jelas mempamerkan camner sebenarnye kumpulan Pussycat Dolls nie. Dah tu MPSJ pergi benarkan lagi PCD ni buat concert, pas dah abih baru bising, nak saman penganjur konsert ni RM10k. Sahaje.

Yang bersalah dlm hal ni adalah MPSJ, sbb pi kasik setan2 masuk buat concert. Setan tu dah mmg setan jd tak bole nak buat ape dah, yg orang pi bawak setan masuk tu yang jd masalah.

Bodoh. Bodoh. Bodoh.

Dalam negara Islam hadhari, Islam sendiri dihina dan ditindas. Astagfirullahala’zim.

Jom ingat Allah

August 8th, 2006 by imin83

Majlis Zikrullah

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda:

Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para
malaikat selalu mengelilingi bumi. Para malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikrullah,
mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang
menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.

Baginda bersabda: Allah s.w.t bertanya para malaikat sedangkan Allah mengetahui pergerakkan mereka, dengan firmanNya: Dari mana kamu datang?

Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dariMu.

Allah s.w.t berfirman: Apakah yang mereka pohonkan?

Para Malaikat menjawab: Mereka memohon Syurga dariMu.

Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat SyurgaKu?

Para Malaikat menjawab: Belum, wahai Tuhan.

Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat SyurgaKu?

Para Malaikat berkata lagi: Mereka juga memohon daripadaMu perlindungan.

Allah berfirman: Mereka pohon perlindunganKu dari apa?

Para Malaikat menjawab: Dari NerakaMu, wahai tuhan.

Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat NerakaKu?

Para malaikat menjawab: Belum.

Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat NerakaKu.

Para Malaikat terus berkata lagi: Mereka juga memohon keampunanMu.

Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.

Para Malaikat berkata lagi: Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hambaMu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk
menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.

Allah berfirman: Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.

[Bukhari& Muslim]

15 perkara yg menyebabkan bala

August 8th, 2006 by imin83

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasullullah S.A.W bersaabda;
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala’ pasti akan turun kepada mereka, yaitu;

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu. (Kronisma).

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya,

6. Sedangkan si anak berbaik-baik dengan kawannya,

7. Dan si anak suka menjauhkan diri dari ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan didalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang-orang yang terhina dikalangan mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Arak sudah diminum merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.

13. Para artis-artis disanjung tinggi.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini menyalahkan generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain."

[Hadis Riwayat Tarmizi]

Soalan hari ini.

Berdasarkan hadis di atas, pada pendapat anda, Akademi Fantasia tergolong dalam kategori nombor berapa? (Tips: Anda boleh pilih lebih dari satu kategori)

wallahualam

My Beloved

August 7th, 2006 by imin83
There was a time in my youth,
When Islam was only a custom.
They said "say Laa ilaaha illallah,..
And pray, you’ll go to Heaven."

Ah, how simple, no struggle in this,
Just a word, and simple act.
Thereafter I’m absorbed in this world again,
With my ‘assured’ place in Paradise intact.

But this was not to be my fate
For ALLAH chose to guide my heart.
I learnt of a man who struggled so hard
When his mission was from the start.

The story of someone who had morals,
Spoke gently, kindness he knew.
Never fearing to say what’s right,
His conviction in ISLAM was true.

The touch of his hand was as soft as silk
To comfort a crying child.
To mend his clothes, or do the chores,
Never complaining, he always smiled.

A living he made with his bare hands,
The same that held his mighty sword.
Valour shone from the edge of his blade,

His smell was always of musk,
And cleanliness he kept at his best.
Stark contrast with the heroes of today,
Who stink of beer and sweat.

He held the hands of his companions.
Unashamed to play with many children.
So modest, so humble, a perfect example,
That strangers could not recognise him.

His eyes slept little for nights were precious,
His prayers he treasured much greater.
To pray Tahajjud in the depths of night,
Seeking forgiveness, and nearness to his Creator.

He broke his tooth for me at Uhud,
And bled for me at Ta’if.
He cried for me, tears of concern,
Just so I could have this belief.

His enemies admired his teachings,
Uniting every religion, every clan.
Till ISLAM came to every corner of the world,
O, but indeed he was only a man.

To own a house, or build his wealth
Was not his main priority.
To establish ISLAM was more essential,
To bring us under a Higher Authority.

Don’t you want him to plea for your case,
When before ALLAH-The Judge-you stand?
Don’t you wish to be around his fountain,
A burning desire to drink from his hand?

So I love him more than all creation,
My Leader, my Humble Prophet.
Muhammad (SAWS) was a mercy to all mankind,
And to me, he is

MY BELOVED !

By: Allama Iqbal, Translated by: i dont know.