Archive for August, 2006

Hadhari ep 1: Hadhari & PussyCat Dolls

Wednesday, August 9th, 2006

Kat yahoo news hari ni (http://news.yahoo.com/s/ap/20060809/ap_en_mu/pussycat_dolls), diorang cerite tentang MPSJ nak saman organizer Pussycat Dolls RM 10,000 pasal kumpulan ni berkelakuan dan berpakaian tak senonoh waktu buat persembahan diorang. Saye tak sure MPSJ ni bengap ke ape, kalau betul2 la MPSJ ni concern sangat pasal benda ni, dah lame diorang tak kasi buat concert ni dah. Sbb 1st thing diorang nak saman organizer ni cume RM 10,000 je. 2nd thing iklan2 konsert dlm surat khabar-surat khabar utama sblm ni dah secare jelas mempamerkan camner sebenarnye kumpulan Pussycat Dolls nie. Dah tu MPSJ pergi benarkan lagi PCD ni buat concert, pas dah abih baru bising, nak saman penganjur konsert ni RM10k. Sahaje.

Yang bersalah dlm hal ni adalah MPSJ, sbb pi kasik setan2 masuk buat concert. Setan tu dah mmg setan jd tak bole nak buat ape dah, yg orang pi bawak setan masuk tu yang jd masalah.

Bodoh. Bodoh. Bodoh.

Dalam negara Islam hadhari, Islam sendiri dihina dan ditindas. Astagfirullahala’zim.

Jom ingat Allah

Tuesday, August 8th, 2006

Majlis Zikrullah

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda:

Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para
malaikat selalu mengelilingi bumi. Para malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikrullah,
mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang
menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.

Baginda bersabda: Allah s.w.t bertanya para malaikat sedangkan Allah mengetahui pergerakkan mereka, dengan firmanNya: Dari mana kamu datang?

Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dariMu.

Allah s.w.t berfirman: Apakah yang mereka pohonkan?

Para Malaikat menjawab: Mereka memohon Syurga dariMu.

Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat SyurgaKu?

Para Malaikat menjawab: Belum, wahai Tuhan.

Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat SyurgaKu?

Para Malaikat berkata lagi: Mereka juga memohon daripadaMu perlindungan.

Allah berfirman: Mereka pohon perlindunganKu dari apa?

Para Malaikat menjawab: Dari NerakaMu, wahai tuhan.

Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat NerakaKu?

Para malaikat menjawab: Belum.

Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat NerakaKu.

Para Malaikat terus berkata lagi: Mereka juga memohon keampunanMu.

Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.

Para Malaikat berkata lagi: Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hambaMu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk
menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.

Allah berfirman: Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.

[Bukhari& Muslim]

15 perkara yg menyebabkan bala

Tuesday, August 8th, 2006

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasullullah S.A.W bersaabda;
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala’ pasti akan turun kepada mereka, yaitu;

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu. (Kronisma).

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya,

6. Sedangkan si anak berbaik-baik dengan kawannya,

7. Dan si anak suka menjauhkan diri dari ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan didalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang-orang yang terhina dikalangan mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Arak sudah diminum merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.

13. Para artis-artis disanjung tinggi.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini menyalahkan generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain."

[Hadis Riwayat Tarmizi]

Soalan hari ini.

Berdasarkan hadis di atas, pada pendapat anda, Akademi Fantasia tergolong dalam kategori nombor berapa? (Tips: Anda boleh pilih lebih dari satu kategori)

wallahualam

My Beloved

Monday, August 7th, 2006
There was a time in my youth,
When Islam was only a custom.
They said "say Laa ilaaha illallah,..
And pray, you’ll go to Heaven."

Ah, how simple, no struggle in this,
Just a word, and simple act.
Thereafter I’m absorbed in this world again,
With my ‘assured’ place in Paradise intact.

But this was not to be my fate
For ALLAH chose to guide my heart.
I learnt of a man who struggled so hard
When his mission was from the start.

The story of someone who had morals,
Spoke gently, kindness he knew.
Never fearing to say what’s right,
His conviction in ISLAM was true.

The touch of his hand was as soft as silk
To comfort a crying child.
To mend his clothes, or do the chores,
Never complaining, he always smiled.

A living he made with his bare hands,
The same that held his mighty sword.
Valour shone from the edge of his blade,

His smell was always of musk,
And cleanliness he kept at his best.
Stark contrast with the heroes of today,
Who stink of beer and sweat.

He held the hands of his companions.
Unashamed to play with many children.
So modest, so humble, a perfect example,
That strangers could not recognise him.

His eyes slept little for nights were precious,
His prayers he treasured much greater.
To pray Tahajjud in the depths of night,
Seeking forgiveness, and nearness to his Creator.

He broke his tooth for me at Uhud,
And bled for me at Ta’if.
He cried for me, tears of concern,
Just so I could have this belief.

His enemies admired his teachings,
Uniting every religion, every clan.
Till ISLAM came to every corner of the world,
O, but indeed he was only a man.

To own a house, or build his wealth
Was not his main priority.
To establish ISLAM was more essential,
To bring us under a Higher Authority.

Don’t you want him to plea for your case,
When before ALLAH-The Judge-you stand?
Don’t you wish to be around his fountain,
A burning desire to drink from his hand?

So I love him more than all creation,
My Leader, my Humble Prophet.
Muhammad (SAWS) was a mercy to all mankind,
And to me, he is

MY BELOVED !

By: Allama Iqbal, Translated by: i dont know.