Ramadhan Pertama…
Saturday, October 6th, 2007Ini adalah ramadhan pertama kami tanpa ayah yang kami sayangi.. walaubagaimanapun, entah kenapa, sejak masuknya ramadhan, saya rasakan yang ayah seolah-olah masih bersama kami, seolah-olah ayah makin dekat dengan kami. Malam pertama ramadhan saya disambut dengan mimpi yang indah.. saya bermimpi yang kami sekeluarga dibawa bertemu dengan ayah kami di suatu tempat yang indah, penuh dengan pokok-pokok, dan saya terasa amat nyaman & tenang di sana. Kami bersalaman dan mencium tangan ayah. Di dalam mimpi itu, kami tahu yang ayah sudah tiada, tetapi entah bagaimana, kami dapat dipertemukan juga dengan ayah. Tiada sebarang lafaz dituturkan dalam pertemuan kami itu, melainkan senyuman dari ayah. Sekejap sahaja mimpi itu berlalu, dan aku bangun dari tidur dalam perasaan yang amat aman. Walaupun mimpi hanyalah permainan tidur, tetapi mungkin Allah mengetahui yang kami amat rindukan ayah, dan mungkin kerana itu Allah mengizinkan kami bertemu dengan ayah kami, walaupun hanya dalam mimpi…
1 July 2006
“Wah, banyaknya hadiah imin dapat.. ni macam dah majlis kahwin dah…”
“Itulah ayah, imin pun tak sangka.. ingatkan buat simple je.. Alhamdulillah”
Sehabisnya majlis pertunangan saya di jalan Duta, saya & adik beradik terus ke Sentosa Medical Center, Kajang. Mak teman ayah di sana. Ayah dimasukkan ke sana sebab di sangka mengidap batu karang. Ayah jalani pembedahan di sini, tetapi selepas pembedahan doctor kata ayah sebenarnya tidak menghidap batu karang. Ayah dihantar ke hospital selayang untuk rawatan selanjutnya.
10 November 2006
“Ayah rasa ayah tak dapat datang lah untuk nikah imin esok.. ayah rasa lagi elok ayah berehat kat rumah.. tak perlulah imin carikkan wheelchair untuk ayah…”
Sehari sebelum majlis pernikahan saya yang dijalankan di Masjid Wilayah. Ayah baru jalani satu pembedahan major di hospital selayang untuk buang kanser di dalam badan ayah. Ayah perlu berjalan menggunakan tongkat. Ayah disyaki menghidap kanser pankreas. Doktor mengambil langkah pencegahan dengan membuang sebahagian kecil dari setiap organ-organ ayah yang ditakuti menghidap kanser. Ayah menjadi lemah setelah operation tersebut. Baliknya kami dari majlis pernikahan saya & isteri, kami terus tunjukkan kepada ayah gambar-gambar yang diambil menggunakan kamera kami. Pernikahan saya telah diawalkan lebih sebulan, apabila permohonan last-minute saya untuk join nikah beramai-ramai diterima. Tidak lama kemudian barulah saya mengerti mengapa Allah telah memilih untuk diawalkan pernikahan saya yg sepatutnya dijadualkan pada hujung bulan 12.
“Ami, tengok anak kita imin ni.. dah ada isteri dah…”
kata ayah kepada mak sambil tersenyum, malam setelah tamat majlis pernikahan aku. Ayah melafazkan kata-kata itu sambil terbaring di atas katil di rumah. Aku hanya membalas dengan senyuman.
End of November 2006
“Imin, ayah jadi macam ni sebab ayah banyak dosa kan..”.
“Tak lah ayah.. Allah kasi ujian kat ayah sebab Allah sayangkan ayah, Allah nak bersihkan dosa-dosa ayah.. Allah nak muliakan ayah..”
“Betul ke..?”
“A’ah ayah, betul… ”
Ayah sewaktu di Nilai Cancer Center. Ayah perlu jalani chemotherapy kerana telah disahkan menghidap kanser. Setelah jalani satu sesi rawatan chemotherapy, ayah diserang stroke.. seluruh bahagian kiri ayah lumpuh. Semua rawatan untuk kanser terpaksa dihentikan. Penglihatan ayah jadi kabur, pertuturan ayah jadi tidak teratur. Pada ketika ini, doctor memberitahu kami yang ayah hanya mempunyai 6 bulan maksimum. Namun kami tidak berputus asa dan terus berdoa kepada Allah agar ayah disembuhkan sepenuhnya. Ayah paling kerap menangis ketika ini.
“Ami, abang dah bersedia untuk berjumpa dengan Allah & Rasulullah…”
Kata ayah yang sedang terlantar kepada mak. Mak hanya membalas mengatakan yang insyaAllah, ayah akan sembuh.
“Ya Allah, please don’t let me be the burden to my family…”
tangis ayah apabila melihat kami agak susah untuk menggerak-gerakkan tubuh ayah semasa membantu ayah menjalani fisioterapi. Aku hanya termenung dan sebak melihat ayah. “Tidak, kami tidak pernah menganggap ayah menyusahkan kami. Apa yang kami lakukan sekarang tidak mungkin dapat membalas jasa ayah membesarkan dan menjaga kami.” Kami sebak dan sedih melihat keadaan ayah yang makin terseksa, tetapi kami tidak pernah sekali menunjukkan kesedihan kami didepan ayah, kerana doktor beritahu kami yang ayah amat perlukan sokongan moral dari kami. Kami sentiasa tersenyum bila berhadapan dengan ayah. Cuma apabila ayah telah lena tidur, barulah kami dapat mengalirkan air mata di sebelah ayah. Dan hanya kepada Allah lah kami menangis, merayu meminta ayah disembuhkan.
14 December 2006
“Ayah, nabi s.a.w. pernah cakap, bila Allah sayangkan seseorang tu, Allah akan uji dia dengan macam-macam ujian untuk hapuskan dosa dia, pastu insyaAllah nanti bila dia jumpa Allah, dia akan jumpa Allah dalam keadaan yang betul-betul bersih..”
Sambil mengusap-ngusap dahi dan mencium pipi ayah, saya bisikkan kata-kata ini di telinga ayah di Sunway Medical Center, khamis malam jumaat. Ayah dimasukkan ke wad kecemasan di sana. Ayah tiba-tiba tidak mampu bertutur atau bergerak langsung. Ayah hanya kaku sambil menoleh ke kanan. Sebelum itu, stroke ayah makin pulih, pagi itu ayah makin bersemangat membuat fisioterapi dengan mak dan abang. Kami semua begitu optimis yang insyaAllah ayah akan sembuh. Namun Allah mempunyai perancangan lain untuk ayah dan kami. Cuma kerlipan mata dan linangan air mata ayah yang menunjukkan kepada kami yang ayah masih sedar dengan keadaan di sekeliling ayah. Sebak kami melihat keadaan ayah.. kami hanya berdoa agar Allah beri yang terbaik untuk ayah. Sewaktu tiba masa solat isya’, mak menyuruh aku menjadi imam untuk ayah yang terlantar di atas katil. Mak memberitahu ayah yang aku ingin menunaikan solat isya dan menjadi imam untuk ayah.. Ayah hanya membalas dengan kerlipan mata. Aku dapat mengimamkan ayah untuk solat isya’ terakhir ayah. Ayah hanya bersolat dengan mata.
“Ayah, apa-apa yang terjadi pun, insyaAllah nanti kita jumpa kat syurga Allah ya…”
lafaz kami dengan linangan air mata. Kami redha dengan ketentuan Allah Yang Maha Esa. Kami hanyalah hamba Allah. Malam itu juga doktor memberitahu yang kanser telah merebak ke seluruh badan ayah, tiada apa yang boleh dibuat lagi. Doktor kata ayah boleh pergi bila-bila masa. Ayah mungkin hanya tinggal beberapa hari atau minggu sahaja lagi. Allah telah meminjamkan ayah kepada kami, dan walaupun betapa beratnya hati kami untuk menerimanya, kami terpaksa akur segalanya urusan dan hak Allah. Walaupun kami tahu walaupun sesaat tidak akan dilambatkan sekiranya masanya telah tiba untuk ayah pergi, kami tidak pernah berhenti berdoa dan berharap kepada Allah agar Dia tidak mengambil ayah pergi lagi. Setiap malam kami solat hajat meminta Allah menyembuhkan ayah. Kami masih perlukan ayah. Namun kami redha dengan ketentuan Allah. Betapa kami sayangkan ayah, dan betapa ayah sayangkan kami, kami yakin yang Allah lebih sayangkan ayah, Allah lebih sayangkan kami… Tiada yang mampu aku berdoa, melainkan merintih kepada Allah, agar Dia mengizinkan aku berada di samping ayah pada ketika ayah hendak menghembus nafasnya yang terakhir kelak.. pada saat ayah hendak menemui Allah..
Jumaat, 15 December 2006
9 pagi
Dua orang nurse datang untuk cuba mengeluarkan lendir yang telah memenuhi badan ayah. Tiub dimasukkan ke kerongkong ayah melalui mulut, dan nurse2 itu berusaha mengeluarkan lendir2 itu.. beberapa kali nurse2 itu cuba menyedut lendir2 itu, tapi lendir yang keluar dari badan ayah tidak juga habis. Sepanjang masa itu aku berdiri di sebelah ayah. Ayah nampak kesakitan, namun tubuh ayah masih kaku, tidak mampu bergerak. Ayah hanya mampu mengerang dan mengalirkan air mata. Aku mengelap air mata ayah yang mengalir, sambil membisik memuji-muji nama Allah di telinga ayah. Aku cuba menahan air mata sendiri dari mengalir, sedih dan pilu melihatkan betapa terseksanya ayah..
11:30 pagi
“Allah, Allah… . ayah..”
Tiada lafaz yang dapat membayangkan kesedihan kami..hanya kalimah Allah sahaja yang dapat meredakan kesedihan kami. Jantung ayah yang mulanya berdegup kencang, menjadi makin perlahan dan akhirnya berhenti.. Ayah telah pergi meninggalkan kami selama-lamanya. Ayah telah pergi untuk bersama dengan Allah Yang Maha Penyayang, yang telah meminjamkan ayah kepada kami, dan telah mengambil semula ayah dari pangkuan kami. Sambil mengalirkan air mata, kami mengusap-ngusap dan mencium dahi dan pipi ayah, namun yang tinggal hanyalah jasad ayah. Aku, mak, abang, kakak dan cucu pertama ayah yang baru berumur 2 bulan berada di samping ayah ketika ayah menghembuskan nafas yang terakhir. 2 orang adikku tiba dari UIA 15 minit kemudian. Tiada kata yang dapat kami ucapkan, hanya tangisan yang menghiasi keadaan…
Air mataku deras mengalir ketika sedang mengerjakan solat jumaat di Masjid Sunway. Selepas solat jumaat, ayah dibawa dan ditanam berdekatan dengan rumah kami di Bangi yang kami baru pindah kira-kira setahun lepas. Tidak sampai setahun ayah dapat bersama kami dirumah itu, ayah telah pergi meninggalkan kami dahulu. Keesokan paginya cuaca mendung & hujan renyai-renyai, seolah-olah memahami perasaan sedih kami..
Seminggu kemudian walimatul urus aku tetap dijalankan, kerana Allahyarham ayah telah berpesan, walau apa pun yang terjadi kepadanya, teruskan segala yang telah dirancang. Kesedihan masih menyelubungi kami sekeluarga. Mak tidak dapat menahan hiba dan menangis ketika sedang makan di meja pengantin. Aku memaksa diri aku untuk melontarkan senyuman apabila berhadapan dengan tetamu. Jika dahulu, ayah tidak dapat ke majlis pertunangan dan pernikahan aku kerana perlu berehat, kini ayah pasti tidak ke majlis perkahwinan aku kerana ayah sudah tidak ada di dunia ini lagi. Keesokannya kenduri belah aku dijalankan di Putrajaya, namun kenduri aku telah kami ubah ke upacara tahlil dan jamuan makan. Aku sentiasa berdoa kepada Allah, kerana majlis pertunangan, pernikahan dan walimatul urus aku telah dihiasi dengan air mata kesedihan, moga kematian dan kebangkitan aku semula nanti dihiasi dengan air mata kegembiraan menghadap yang Maha Esa.
“Nanti insyaAllah lepas ayah dah sembuh, kita semua pergi umrah…”
Kata-kata ayah kepada kami, beberapa bulan sebelum ayah pergi bertemu Allah Yang Maha Penyayang untuk selama-lamanya..
Moga ayah ditempatkan di tempat mereka yang soleh, moga ayah ditempatkan bersama-sama dengan Rasulullah. InsyaAllah, telah bersihlah ayah dari segala dosa-dosa sebelum diambil kembali ke pangkuan Allah Yang Maha Penyayang. Ya Allah Yang Maha Pemurah, ampunkanlah dosa-dosa ayah ku. Sehingga kini, betapa sukarnya kami untuk menerima hakikat yang ayah sudah tiada, tetapi Alhamdulillah, iman merelakan jua yang bahawa manusia akan mati, yang kekal hanyalah Allah.
Walaupun ayah telah kembali ke pangkuan Allah, kami bersyukur kerana Allah telah mengizinkan ayah untuk menimang cucu pertama ayah dan melihat saya beristeri. Segalanya seperti telah diatur Allah dari awal lagi. Sehingga kini saya masih selalu mimpikan ayah. Moga Allah pertemukan kami kembali dengan ayah kami di syurgaNya kelak..
A few days ago I had a dream,
I was on my way out to somewhere I don’t know,
I see my dad in his usual working dress,
As usual I went to him, kissed his cheek and hands,
And I went straight out,
But then I changed my mind,
Thinking that this could be the last time I could see him,
I went back to my dad, kissed him in the cheek and hugged him,
I hugged him and never let it go,
While I see him smiling at me,
And I hugged him till the end of my dream.
How strange, for this is only a dream,
A dream where my dad is still with us in this world,
Yet I was certain that could be the last time I’d see him…